Mahu menghias
// March 18th, 2011 // blog
Aku suka bila ada mood menghias rumah sebab jarang idea atau mood ni nak datang secara semulajadi. Dia kena ala-ala paksaan lama2 barulah idea tu mencurah atau timbul. Jadi jangan berharap rumahku cantik berhias sebab mmg tanganku ini tidak ada seni menghias rumah.
Hari ini mendapat idea mahu menggubah bunga dengan pasu yang dah lama beli tapi xpernah letak bunga. Takdelah gubah sangat pun. Pergi kedai borong bunga plastik pastu suruh aunty kedai suggest ranting2 ngan bunga yg elok dipadankan. Siap suruh dia bgtau cmane nak susun kat pasu yg kat rumah tu hehe.
Bahan2 yg diperlukan:
- pasu bunga yang panjang
- ranting2 yang panjang
- bunga yang sesuai
- kertas/suratkhabar
Lepas tu masukkan ranting yang panjang2 meninggi tu dulu dalam pasu. Sumbatkan sedikit kertas… Tak perlu span2 bagai ni tips aunty kt kedai bunga tu.
Then susun masukkan bunga satu rendah sikit, bubuh kertas, letak another tangkai bunga level dia tinggi sikit. Bubuh kertas ke dalam pasu supaya tangkai2 tu tak bergerak. Aku guna tiga tangkai yg ada banyak bunga.
Gubah2 bagi elok susunan nya
Akhir sekali letak di tempat yang sesuai
Itu jelah idea menghias rumah kali ini. Nanti idea datang lagi, aku share lagi.










